ipta
"Pendidikan Sepanjang Hayat" 
   Utama

 

 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

Terdapat tiga kategori IPTA iaitu:

1. UNIVERSITI PENYELIDIKAN:

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada lima (5) buah universiti awam.
 

 

2. UNIVERSITI KOMPREHENSIF:

Universiti komprehensif ialah universiti awam yang yang berperanan sebagai pusat pengajian bagi program pra-siswazah, siswazah dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang tanpa menfokuskan kepada sesuatu pengkhususan sahaja.

3. UNIVERSITI BERFOKUS:

Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.

Universiti Berfokus terdiri daripada 12 universiti iaitu :

  1. Universiti Teknologi Malaysia
  2. Universiti Utara Malaysia
  3. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  4. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Universiti Malaysia Terengganu
  8. Universiti Malaysia Pahang
  9. Universiti Sains Islam Malaysia
  10. Universiti Darul Iman Malaysia
  11. Universiti Malaysia Kelantan
  12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Antara ciri-ciri universiti berfokus ialah :

  • Bidang pengajian berfokus
  • Kemasukan kompetitif
  • Pensyarah berkualiti
  • Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
 
 
 
PERMOHONAN IPTA 

Kategori Permohonan
SPM/setaraf

Penting! • Kategori-kategori pemohon lepasan SPM/setaraf ke IPTA

STPM/setaraf

Penting! • Kategori-kategori pemohon lepasan STPM/setaraf

 
Panduan
ePanduan UA

Penting! • Lihat maklumat berkaitan syarat-syarat kemasukan ke program-program pengajian di Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier

ePanduan TVET

Penting! • Lihat maklumat berkaitan syarat-syarat kemasukan ke program-program pengajian di Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti & ILKA

 
Panduan
Soalan Lazim

Baru• Soalan-soalan dan jawapan-jawapan kepada pertanyaan lazim

Syarat Am Permohonan

Syarat-syarat am program pengajian bagi program lepasan SPM dan STPM setaraf

 

 

Anda Lepasan SPM?. Cuba di sini

 

widgets